Monday, August 23, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Bulan Ramadhan & Hari Raya Adilfitri tiba lagi. Bulan yang ditunggu oleh para peniaga. Dimasa inilah mereka ingin mengambil kesempatan mencari rezeki yang lebih. Tidak kira tua muda semua akan membeli di bazaar-bazar ramadhan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tak kira juga suri rumah turut mencari sedikit duit raya sepanjang bulan puasa ini. Ada yang menghantar kueh mueh untuk dijual, ada yang membina blog mereka sendiri menjual tudung,kueh raya dan juga kerongsang. Bagi orang bujang macam aku ni, memasak adalah jarang. Bila berkumpul semua ahli rumah baru la boleh masak. Kalu sorang2 baik beli jek. Kalu memasak sorang, aku selalunya memasak resepi dibawah :

Berbuka
1. Sardin pedas & telur dadar
2. spaghetti bujang
3. Ayam masak merah
4. Tomyam bujang & telur dadar
5. Sup bujang & telur dadar

Sahur
1. Telur mata & kicap (paling senang)
2. Bubur Tak Tahu (aku letak lada hitam ngan kiud knows..tak tahu nak pggl ape..hehe)
3. Kurma & air sejuk (ni paling malas la)

Ape-ape pun..Bulan Puasa tahun ni aku banyak beli kat luar tapi beli berdasarkan budget yg di rancang ..huhu…

Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Saturday, July 24, 2010

Resepi Spagetti Bujang.



Siapa kata masam spagetti susah. kalu hendak buat taraf pro chef mmg la susah. Banyak bahan-bahan hendak digunakan(dan mahal..huhu). Tapi jangan risau kawan-kawan terutama lelaki. Wa pun org bujang maa.. disini aku nak tunjukkan bagaimana nak masak spagetti dengan mudah, cepat dan lazat(boleh la)...

1. sediakan bahan seperti berikut:-

i. Bawang besar 1 labu (separuh cincang,separuh potong dadu)& bawang putih 2 ulas(cincang)
ii. 1 tin sos spagetti prego(ikut anda la rasa ape..tapi aku selalu guna tradisional)- harga Rm3.90 jek
iii. Spagetti 100 gram(ikut sorg makan)
iv. minyak 1 sudu & yg penting periuk..kalu takde nak masak macam ne...adoiii
v. Garam secukup rasa

2. Rebus spagetti sampai lembut
3. Panaskan Periuk dan tumis bawang besar cincang dan bawang putih cincang
4. Masukkan Sos Spagetti 3-4 sudu mengikut berapa bnyak spagetti yg direbus.
5. Masukkan sedikit jek air sekadar untukmengurangkan kelikatan sos.
6. Masukkan bawang besar dipotong dadu.dan garam secukup rasa.
7. Masak sehingga sos jadi likat sedikit.
8. Tuangkan keatas spagetti yg telas direbus.

* Anda boleh menambah daging cincang, cendawan, keju dan Herba oregano. Kalu la rajin nak g beli. Semua diatas adalah untuk jenis malas nak pergi supermarket macam aku..Semua diatas boleh dibeli di kedai runcit atau minimarket jek..senang dan cepat.
Selamat Mencuba...

Saturday, May 15, 2010

Happy Teacher's Day...

16 Mei....Hari Keramat...Hari Untuk Guru...Teringat dulu-dulu time hari guru disekolah rendah..masing2 sibuk membawa hadiah, kek,bunga dan sebagainya untuk diberikan kepada guru2 tersayang mereka..Dulu hari Guru aku paling suka sebab kadang2 tak belajar mane pun..masing2 sibuk hias kelas sempena sambutan hari guru disekolah...hehe..perhimpunan bermacam2 ada persembahan biar pun berpanas terik kat atas padang(dulu sekolah ku takde dewan) huhu...

Tapi masih ada ke keadaan macam dulu??? Sekarang kalu guru rotan konform 200% masuk paper...Ibu Bapa kini makin berpihak pada anak mereka walupun dorg tahu anak mereka yang salah... Guru Rotan bukan benci..Guru Rotan sebab nak mengajar..Guru Rotan sebab sayang pada anak muridnya...agar mereka tahu yang mane salah yang mane betul...

Dulu kalu dirotan guru kemudian mengadu pada ibu bapa silap2 kita kena rotan lagi..ish ish (macam aku..hehe)..Zaman dah berubah..bagaimanakah guru 10 tahun akan datang???

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan Ribuan terima kasih tak terhingga kerana mendidik aku berjaya ke saat ini..menjadikan aku seorang insan yang berguna...terima Kasih Guru die Sekolah Rendah Cabang Tiga Terengganu, Sekolah Rendah Taman Selayang(2), Sek.Men Wangsa Melawati,K.L..Sek Men.Sultan Ahmad Terengganu dan Tak lupa Para Pensyarah Di Uitm Dungun Terengganu... Jasa MU dikenang sepanjang Hayat...

ARRRGGGG...Lamenye Tak updated Blog neh...

Liplap liplap dah 5 bulan aku tak updated blog neh...bukan ape..buzy ngan keje n facebook...hehe..last2 blog ni gak terpinggir..huhu...
Ape2 pun lepas ni aku try untuk updated..Sebab aku ada hobi baru... Freelance Photographer!!!...huhu.. baru beginner..baru nak blaja..Kamera Pun baru beli..yang murah jek Canon DSLR EOS 1000D..Abis gak la duit simpanan aku..huhu..Lepas neh akan ade banyak gambor2 yang ori dan yang telah edit dalam blog neh....

Oh ye aku jugak ada buat Freelance wedding photoshoot..So sape2 yang nak guna service aku boleh la calling calling...hehe aku bagi special price punye kat member2..
kat bawah neh ade la skit2 gambor2 yang aku ambik tuk tontonan umum..enjoy!!