Friday, November 14, 2008

Diary of Lurza...Episode 1

Isnin , 9hb Nov ’10 – Tik! Tik! Tik!....KKRRRiiiNNggg..Arrrggg…Dah pukul 6.30pg rupanya. Kat luar hujan patutla sejuk semacam jek. Kalu sambung tido memang best tapi kewajiban sebagai hamba-Nya kena tunaikan. Selepas solat mata tak mengantuk plak. So aku duduk kat beranda apartment yang aku sewa. Hujan baru berhenti. Sinar pagi baru hendak memunculkan dirinya.

Hari ni hari isnin. Hari yang bermulanya keje. Hari yang pekerja malas nak pergi kerja. Kat beranda ni boleh tgk macam-macam ragam manusia yang hendak ke tempat keje. Ada yang jalan kaki, tunggu bas, motorsikal, kereta dan juga yang naik basikal. Jalan kembali sibuk selepas 2 hari bercuti. Bunyi hiruk piruk dan hon kenderaan kembali seperti biasa.

Melihat keadaan dibandar teringat aku di kampung semasa aku kecil dahulu. Bunyi hon jarang sekali. Itu pun bunyi kalu ada penjual barang-barang basah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran memicit hon getah. Bunyi binatang peliharaan jiran sudah menjadi rutin setiap pagi. Kadang kala terdapat juga bunyi kelapa tua yang jatuh dari pokok.

“Assalammualaikum! Jauh termenung, bro?”
“Waalaikummusalam.”

Ceh, terkejut aku. Rupenya housemate aku, Fadhil, menyergah dari belakang. Dia adalah kawan yang aku kenal semasa disekolah menengah lagi. Sekarang dia menjadi housemate aku kerana tempat kejenya pun di K.L jugak.

“Ape yang kau termenung neh? Senyum sorang-sorang jek aku tengok.” Seloroh Fadhil.

“Takde la aku teringat time duk kampong dulu. Awal kau bangun. Bukan ke semalam kau balik lewat?” Tanyaku

“Sebenarnya aku tak tido lagi la. Aku baik semalam takleh tido lak. Pastu aku layan je dvd yang aku baru beli.” Dia menjawap sambil menghulurkan secawan nescafe.

“Terima kasih”.

Pagi tu banyak yang kami borakkan. Kebanyakkan cerita semasa kitaorang dibangku sekolah. Memang indah bila teringat perkara-perkara dulu. Teringin masa berputar ke masa lalu. Ingin mengalami sekali lagi hidup dizaman persekolahan.

‘Aku jumpa Elysa semalam.’ Tiba-tiba Fadhil membuatkan aku terasa seperti kembali dimasa lalu. Jantung aku seakan berhenti.

Elysa, seorang perempuan yang lemah lembut, ceria, dan peramah. Dia adalah salah seorang classmate aku semasa disekolah menengah. Mukanya bujur dan putih seperti amoi cina. Maybe disebabkan ayahnya adalah seorang mualaf. Aku memamg rapat dengannya. Suka duka berkongsi bersama. Dan memang aku jatuh cinta dalam diam kepadanya. Tetapi hanya fadhil sahaja yang tahu perasaan aku. Entah macam mana selepas mendapat result SPM, aku dengan Elysa telah terputus hubungan. Tiada kabar berita.

‘Aku ajak minum lepas tu. Borak-borak.’ Sambung fadhil.

‘Dia buat ape sekarang.’

‘Sebenarnya…’ kata-kata Fadhil terhenti disitu. Seperti terkunci dan susah hendak menceritakannya.

‘Apa dia?’

‘Sebenarnya..dia…’


To be continued…..

2 comments:

evol said...
This comment has been removed by the author.
evol said...

nak tahu lebih lanjut.....updates la yg terbaru....